Malaysia mendahului Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di bukit jalil. Gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali 2 gol dan Asaari Shamsudin 1 gol. Malaysia akan bertandang ke Indonesia untuk perlawanan akhir ke 2 pada 29 Disember 2010.
Sunday, December 26, 2010
Sekitar Final Piala Suzuki 2010
Malaysia mendahului Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir pertama di bukit jalil. Gol Malaysia dijaringkan oleh Safee Sali 2 gol dan Asaari Shamsudin 1 gol. Malaysia akan bertandang ke Indonesia untuk perlawanan akhir ke 2 pada 29 Disember 2010.
Saturday, December 18, 2010
Piala Suzuki AFF 2010 Separu Akhir Ke 2
Separuh Akhir kedua bakal belangsung malam ini. Pertarungan yang hebat bakal disaksikan kerana Vietnam sudah pasti mahu membalas kekalahan mereka 0-2 ditempat lawan tempoh hari. Diharap pasukan negara lebih bersedia untuk menahan asakan tuan rumah dan seterusnya menyerap segala tekanan. Strategi pasukan negara dilihat lebih kepada bertahan kerana kelebihan 2 gol dilaman sendiri namun jurulatih K.Rajagopal tetap menurunkan 2 penyerang negara iaitu Norshahrul dan Safee yang mungkin sekali sekala melakukan serang balas ke kubu lawan. Jika pertahanan negera dapat menumpukan sepenuh perhatian dan mengurangkan kesilapan mudah sambil bahagian serangan berjaya mencari ruang dan peluang maka peluang pasukan malaysia untuk layak ke final cerah. Diharapkan safee sali akan melakukan sesuatu yang menarik lagi malam ini sambil Norshahrul akan memperbaiki persembahan seterusnya memburu gol untuk pasukan negara. Semoga pasukan malaysia berjaya melangkah ke final seterusnya menjuarai Piala Suzuki kali ini. Malaysia Boleh!!!.Wednesday, December 15, 2010
Piala Suzuki AFF Terkini..

Kedudukan antara Malaysia dan Vietnam masih lagi 0-0. Perlawanan separuh masa pertama menampakkan keyakinan pasukan negara dengan beberapa serangan ke pintu gol Vietnam, diharapkan Malaysia akan bermain dengan lebih baik di separuh masa kedua..
Perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia dan Vietnam telah pun berakhir, Malaysia berjaya memenangi perlawanan sebentar tadi dengan jaringan 2-0 dan kedua dua gol dijaringkan oleh Safee Sali. Tahniah kepada pasukan bola sepak malaysia yang berjaya bermain dengan baik sekali. Hidup Malaysia!!!!
Tuesday, December 14, 2010
Piala Suzuki AFF 2010
Piala Suzuki AFF 2010 telah memasuki peringkat separuh akhir
. Empat pasukan yang akan berentap pada perlawanan sepruh akhir adalah Vietnam, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Perlawanan tumpuan kita sudah pastilah terarah kepada pasukan Negara kita yang akan menentang Vietnam pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.Perlawanan ini dilihat sebagai perlawanan yang menarik kerana pasukan negara akan menentang pasukan yang hebat di peringkat asean kerana Vietnam pernah menjuarai kejohanan yang sama 2 tahun lalu. Harapan kita pasukan negara akan memberi tentangan yang sengit bagi membenam pasukan lawan seterusnya menjuarai kejohanan edisi kali ini. Kehadiran pemain-pemain seperti Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha, Shahfiq Rahim dan rakan-rakan yang lain diharap dapat memberikan persembahan yang menarik seperti yang dilakukan ketika membenam Laos 5-1. Marilah kita sama-sama menyokong pasukan negara kita yang kita cintai.. Hidup Malaysia..
Surat Khabar
Subscribe to:
Comments (Atom)