Piala Suzuki AFF 2010 telah memasuki peringkat separuh akhir
. Empat pasukan yang akan berentap pada perlawanan sepruh akhir adalah Vietnam, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Perlawanan tumpuan kita sudah pastilah terarah kepada pasukan Negara kita yang akan menentang Vietnam pada malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.Perlawanan ini dilihat sebagai perlawanan yang menarik kerana pasukan negara akan menentang pasukan yang hebat di peringkat asean kerana Vietnam pernah menjuarai kejohanan yang sama 2 tahun lalu. Harapan kita pasukan negara akan memberi tentangan yang sengit bagi membenam pasukan lawan seterusnya menjuarai kejohanan edisi kali ini. Kehadiran pemain-pemain seperti Amri Yahyah, Norshahrul Idlan Talaha, Shahfiq Rahim dan rakan-rakan yang lain diharap dapat memberikan persembahan yang menarik seperti yang dilakukan ketika membenam Laos 5-1. Marilah kita sama-sama menyokong pasukan negara kita yang kita cintai.. Hidup Malaysia..
No comments:
Post a Comment